Blog

Kelebihan Guna ATOME untuk Renew Insuran Perodua Dengan Mazlina

Hai, saya Mazlina wakil jualan sah anda di Perodua Kota Damansara. Ramai customer saya bertanya bagaimana nak renew insuran tanpa perlu keluar modal besar sekaligus. Ikuti langkah-langkah yang saya sediakan dibawah.

 

“Pening Nak Bayar Insuran Kereta Kedebuk? Ini Cara Mudah Bayaran Ansuran di Perodua Guna ATOME !!

Setiap tahun, bajet untuk insuran kereta dan roadtax memang antara perbelanjaan yang agak “berat” untuk poket kita. Tapi tahu tak, sekarang pemilik kereta Perodua sudah boleh menarik nafas lega, anda kini boleh membuat bayaran secara ansuran tanpa faedah 0%. dengan menggunakan aplikasi Atome. Anda boleh memilih ansuran 3 bulan atau 6 bulan (tetapi kalau pilih 6 bulan akan dikenakan caj tambahan).

Kenapa Pilih Atome untuk Insuran Kereta Perodua Anda ?

Bukan sahaja ia memudahkan aliran tunai bulanan anda, malah Atome menawarkan beberapa kelebihan :- 0%faedah tiada caj tambahan atau faedah tersembunyi jika anda membayar ikut jadual.

  • 0% faedah – Tiada caj tambahan atau faedah tersembunyi jika anda membayar mengikut jadual.
  • Kelulusan segera – proses pendaftaran akaun sangat pantas dan anda akan tahu status kelulusan dalam masa beberapa minit sahaja.
  • Pecahan Bayaran Mudah – Bil anda akan dibahagikan kepada 3 bulan (bayaran 1/3 sekarang) dan selebihnya dalam masa 60 hari akan datang.

Langkdi ah-langkah Bayar Insuran Perodua Guna Atome.

Proses ini sangat mudah dan boleh dilakukan terus di kaunter pusat jualan misalnya Perodua Kota Damansara atau servis centre perodua yang ada menyediakan kemudahan ini. Ikuti langkah ini :

  1. Persediaan awal ( download aplikasi & daftar) – Daftar akaun menggunkan kad pengenalan dan pautkan kad debit atau kad kredit anda untuk tujuan pemotongan automatik.
  2. Dapatkan Sebut Harga (qoutation insuran) – Beritahu penasihat jualan (whtsapp) atau staff di kaunter Perodua yang anda ingin dapatkan quotation bagi pembaharuan insuran kereta anda.
  3. Pilih Kaedah Bayaran Atome – Maklumkan kepada staff atau penasihat jualan anda atau saya Mazlina yang anda ingin gunkan aplikasi Atome. Anda hanya perlu imbas kod (scan QR) yang diberikan oleh staff.
  4. Sahkan Bayaran 1/3 – Setelah amoun muncul di aplikasi, anda hanya perlu membayar 1/3 daripada jumlah keseluruhan bil sebagai bayaran pertama. Bakinya akan dipotong secara automatik daripada kad anda dalaam masa 2 bulan seterusnya.

Tips Penting untuk Pengguna Atome

Jangan terlepas tarikh : Pastikan baki dalam bank mencukupi pada tarikh potongan. Jika bayaran terlepas, akaun anda mungkin digantung dan kos pentadbiran sehingga RM30 akan dikenakan untuk pengaktifan semula akaun.

Baucar Pengguna Baru : Selalunya ada baucer selamat datang (welcome voucher) untuk pengguna baru Atome yang boleh menjimatkan lagi bil anda.

Kesimpualan : Membayar insuran tidak perlu lagi menjadi beban yang besar. Dengan gabungan servis dipercayai daripada Perodua dan fleksibiliti Atome, anda boleh memandu dengan tenang tanpa perlu mengikat perut di hujung bulan.

Jika anda berada disekitar Perodua Kota Damansara, atau yang berdekatan, anda bole terus hubungi saya Mazlina Perodua Kota Damansara untuk urusan pembaharuan insuran kereta perodua anda. Whtsapp saya minta quotation. Jangan risau “hardcopy” akan di pos kan ke alamat yang anda inginkan. Kalau nak datang collect sendiri di showroom perodua kota damansara pun boleh. Setiap renewal saya Mazlina akan berikan 1 hadiah tanda terima kasih pada anda.

 

Tentang Penulis :

Saya Mazlina berpengalaman lebih 15 tahun dalam membantu pelanggan dalam urusan loan, kereta baru dan kereta tradein. Hubungi saya untuk konsultasi di sini https://wa.me/60129744003

Hai! Boleh Maz bantu anda?

Chat