1. Apa itu Flexi Plan Financing Perodua ? Panduan Lengkap Untuk Pembeli Bijak
Bayaran bulanan yang rendah, pilihan fleksibel dan peluang tukar kereta baru lebih cepat. Inilah skim pembiayaan yang semakin popular di kalangan pembeli kereta masa kini.
2. Apa itu Flexi Plan ?
Flexi Plan ialah skim pembiayaann pintar yang direka untuk memberi lebih fleksibeliti kepada pembeli kereta perodua. Berbeza dengan pinjaman biasa (hire & purchase), Flexi plan membolehkan anda bayar hanya sebahagian nilai kereta sepanjang tempoh pembiayaan, sementara baki nilai akhir (dikenali sebagai “Guaranteed Future Value” (GFV) akan ditentukan di hujung tempoh.
Dengan cara ini, anda dapat bayaraan bulanan yang lebih rendah – tanpa perlu bayar keseluruhan harga kereta sepanjang tempoh pinjaman.
3. Bagaimana Flexi Plan Berfungsi ?
– Pilih model kereta perodua anda.
– Tentukan tempoh pembiayaan, biasa 5 hingga ke 9tahun
– Bank akan menetapkan nilai masa depan (GFV) iaitu anggaran nilai kereta pada akhir tempoh pembiayaan.
– Sepanjang tempoh, anda hanya bayar jumlah selepas tolak GFV.
– Di akhir tempoh, anda ada 3 pilihan mudah iaitu :
a) Trade-in kereta dengan model baru perodua
b) Bayar baki nilai (GFV) dan terus miliki kereta
c) Sambung pembiayaan untuk baki nilai tersebut (bank akan kira semula instalmen baru)
Contoh mudah kiraan
Model pilihan ialah Myvi 1.5 H harga RM56,7xx
Tempoh pembiayaan : 5 tahun
Nilai masa depan (GFV) : RM 30,000
Anda hanya perlu bayar ansuran berdasarkan RM35,000 bukan keseluruhan harga RM56,7xx. Hasilnya bayaran bulanan lebih rendah, sesuai untuk mereka yang nak bajet bulanan terkawal.
4. Bank yang Menawarkan Flexi Plan
Setakat ini 2 bank sahaja yang bekerjasama dengan Perodua iaitu Maybank Islamik & Public Bank.Kedua-duanya menawarkan struktur bayaran yang hampir sama, cuma kadar faedah dan tempoh boleh berbeza mengikut profile pelanggan.
5. Siapa Sesuai Guna Flexi Plan ?
i) Pembeli yang nak bayaran bulanan rendah
ii) Individu yang suka tukar kereta baru setiap 5 tahun
iii) Mereka yang nak kurangkan komitmen jangka panjang tapi tetap miliki kereta baru.
Kalau anda suka “upgrade” ke model terkini bila model Perodua terkini dipasaran,- Flexi Plan memang pilihan terbaik.
6. Model Perodua Yang Layak
a) Axia
b) Myvi
c) Ativa
d) Aruz
Setiap model mempunyai kadar faedah dan nilai masa depan (GFV) yang berbeza bergantung pada harga semasa dan tempoh pinjaman.
7. Kesimpulan
Perodua Flexi Plan memberi kebebasan dan fleksibiliti kepada pembeli – tanpa perlu terbeban dengan ansuran tinggi atau tempoh pinjaman panjang. Ia pilihan ideal untuk mereka yang nak kereta baru, komitmen rendah dan peluang untuk naik taraf lebih cepat.
Bagi saya pendapat saya lah, saya akan amik plan ni sebab apa ? pertama saya pakai kereta cukup 5 ke 6 tahun saja maksima dan saya akan tukar kereta baru, sebab waranti pun da abis, dan nak elak dari kos maintenance yang lebih. atau tukarganti parts. memandangkan saya hanya ada 1 kereta utk kegunaan harian dah boleh bayangkan kereta ni “heavyduty useage”. Milage pun tinggi efek point pada resale value nanti. Kalau mandu luar kawasan pun tak risau sangat sebb kereta kondisi masih baik. Tapi kalau nak tukar kereta pastikan instalmen loan bank bayar konsisten tanpa laps kerana nti nak trade-in kena top up banyak disebbkan bank kenakan panelti charges and sebagainya. Hidup tenang jer kan camni.
Kalau korang berminat nak tau lebih lanjut tentang pelan ini, Hubungi saya, Mazlina – Perodua Sales Advisor Kota Damansara. Untuk semakan kelayakan pinjaman dan promosi terkini perodua.
Klik sini untuk whstapp terus :
https://wa.me/60129744003 .
Oleh : Mazlina Bakri
Sales Advisor – Perodua Sales Sdn Bhd (Kota Dsara)
tiktok.com/@peroduadealerbymazlina
