Blog

Fungsi Voice Command Perodua – Pemanduan Lebih Mudah,Selamat & Canggih


Zaman sekarang, teknologi dalam kereta bukan sekadar tentang kuasa enjin atau rekaan – tapi bagaimana ia memudahkan hidup pemandu setiap hari. Salah satu ciri menarik pada model Perodua terkini seperti Ativa, Alza dan Axia ialah fungsi “Voice Command”. Dengan hanya sebut “Hi Perodua”, anda boleh kawal pelbagai fungsi dalam kereta tanpa perlu lepaskan tangan dari steering.

Apa itu voice command Perodua ?
Voice command ialah sistem arahan suara pintar yang membolehkan anda mengawal beberapa fungsi dalam kereta. Ia direka untuk memudahkan dan meningkatkan keselamatan pemanduan – supaya anda tidak terganggu semasa memandu.

Cara Guna Voice Command
a) Aktifkan sistem dengan sebutan ” Hi Perodua”
b) Tunggu sistem balas suara, kemudian teruskan dengan arahan anda.
c) Antara arahan biasa yang boleh digunakan :
– “Open radio” atau “play radio ”
– “Turn on bluetooth”
– “Call (nama dalam senarai telefon)”
– “Increase volumn” atau ” turn off aircond”
– “Go to home” (jika sistem ada navogasi)

Tips : Pastikan sistem head unit dihidupkan dan disambung ke telefon melalui bluetooth untuk arahab tertentu berfungsi sepenuhnya.

Kelebihan voice command di kereta perodua.
1. Lebih selamat semasa memandu – tak perlu pegang skrin atau telefon pandangn kekal fokus di jalanraya.
2. Mudah & pantas – tak perlu tekan banyak butang, hanya guna suara. sesuai untuk situasi sibuk.
3. Teknologi mesra pengguna – sistem perodua direka untuk memahami lohat dan sebutan bahasa ingggeru malaysia, jadi lebih senang digunakan.
4. Nampak moden & premium – fungsi ini menjadikan pemanduan harian lebih “smart”, seolah-olah ada pembantu dalam kereta.

Tip amksimumkan penggunaan voice command.
1. Gunakan arahan yang pendek dan jelas.
2. Pastikan tingkap ditutup bila beri arahan (kurang gangguan bunyi).
3. Sentiasa kemas kini sistem infotainmen bila ada update baru.
4. Jika sistem lambat respon, cuba sebut semula dengan nada natural.

Kesimpulan
Fungsi voice command bukan sekadar tambahan, ia simbol gaya pemanduan moden yang lebih selamat dan pintar. Perodua terus membuktikan bahawa teknologi canggih kini bukan lagi milik kereta mewah sahaja, tapi boleh dinikmati oleh semua rakyat malaysia.
Kalau anda nak tahu model mana yang lengkap dengan voice command, boleh terus hubungi saya. Saya bantu jelaskan model, varian dan demo cara penggunaannya.

” saya berkongsi panduan, tips untuk bantu anda pilih model terbaik ikut bajet dan keperluan keluarga. Boleh whatsapp saya bila-bila disini
https://wa.me/60129744003

Oleh : Mazlina Sales Advisor | Perodua Sales Sdn Bhd (Kota Damansara)
website : www.peroduadealer.com

Hai! Boleh Maz bantu anda?

Chat