Blog

PTPP : Betterment, Agreed Sum Insured Value Insuran Perodua

Ramai pemilik kenderaan ambil sinran setiap tahun tanpa benar-benar faham apa yang mereka bayar.
Bila berlaku kemalangan, barulah mula keliru – kenapa kena bayar? Dan kenapa penting pilih ” Agreed Value” ?
Dalam artikel ini, saya terangkan dengan cara paling mudah supaya anda faham apa yang sebenarnya dilindungi oleh insuran Perodua.

1 Apa itu “Betterment ” ?
Betterment bermaksud bayaran tambahan yang dikenakan bila kenderaan diganti dengan parts yg baru, dan lebih baik dari keadaan asal.

Contoh : Kereta anda telah berusia 5 tahun dan bumper diganti dengan yang baru, pihak insuran akan kenakan sedikit caj ” betterment” yang
mana biasa 10%-40% bergantung pada usia kereta anda.

Tujuan : bagi mengelakkan pemilik dapat kelebihan tidak adil (kereta lama jadi seperti baru).

Tips : Semak dengan agen insuran anda samada boleh ambil betterment waiver add-on semasa renew insuran. Tambahan kecik, tapi sangat berbaloi bila berlaku kemalangan.

Nota : Di perdua total protect Insuran – anda tak perlu risau kerana perodua melindungi kereta anda dari “betterment” sehingga 12 tahun. kereta dijamin mendapat parts original.

2. Apa itu “Agreed Value Sum Insured” ?
” Sum Insured” ialah jumlah perlindungan maksimum yang anda pilih untuk kereta anda.

Contohnya : Jika kereta di insuran kan pada jumlah RM50,000 itu bermakna pihak insuran akan membayar sehingga RM50,000 jika berlaku kehilangan atau keadaan kereta tidak boleh digunapakai lagi (total loss).

Tips : Semak nilai pasaran semasa sebelum renew insuran kereta. Juga perlu diingat, risiko jika anda :
a) “Under Insured” – anda mungkin dapat pampasan lebih rendah daripada nilai sebenar kereta.
b) “Over Insured” – Anda bayar premium lebih mahal tapi pampasan tetap ikut nilai pasaran semasa.

Nota : Di perodua terma “Agreed Value” digunapakai untuk insuran kereta anda.

Agreed Value vs Market Value
Bayaran pampasan dibuat mengikut nilai dipersetujui, manakala market value pula ialah bayaran mengikut nilai pasaran terkini.

Contoh : kereta myvi 1.5 Advance tahun 2023
nilai insuran ialah RM51,000
nilai pasaran terkini ialah RM38,000

Nampak tak berapa nilai pampasan kereta anda yang akan dibayar oleh pihak insuran jika kereta kehilangan atau total loss. Belum lagi semak baki loan di bank yang perlu anda selesaikan, walau kereta dah tiada. Loan tetap kena bayar.
Anda mungkin tak sedar tentang ini.

Cadangan : Untuk kereta perodua baru ( 1-5 tahun) Agreed Value lebih selamat supaya anda tak rugi bila buat tuntutan.

3. Add-on yang disyorkan
Selain insuran asas, berikut add-on yang sangat digalakkan tambah :

i) Special Perils – lindungi dari banjir/tanah runtuh, pokok tumbang dsb
ii) Windscreen – ganti cermin depan atau lain2 cermin tanpa perlu kos ( tak jejaskan NCD )

Nota : Insuran perodua ” All driver” dah cover. Elaun banjir RM1000 & Accident Insuran RM10,000 diberikan.

4. Kesimpulan
Insuran bukan sekadar wajib diperbaharui setiap tahun, tetapi satu perlindungan penting untuk nilai pelaburan anda. Sebagai pemilik kereta, anda berhak faham apa yang anda bayar dan manfaat sebenar yang anda dapat. Kalau anda nak semak harga insuran atau tanya tentang add-on terbaik ikut model kereta anda, saya boleh bantu kira dan bandingkan terus untuk anda PERCUMA.

Faham tentang insuran akan bantu anda buat keputusan bijak dan elak kerugian bila berlaku kemalangan. Info lanjut tekan link dibawah :
https://wa.me/60129744003

Oleh : Mazlina
Sales Advisor Perodua Kota Damansara
www.peroduadealer.com

Hai! Boleh Maz bantu anda?

Chat