Blog

Panduan Lengkap Membeli Kereta Perodua : Dari Proses Loan Hingga Serahan Kereta.

Membeli kereta baru adalah keputusan besar, dan Perodua menjadi pilihan ramai rakyat malaysia kerana reputasinya yang kukuh, jimat petrol dan harga mampu milik. Dalam artikel ini, saya akan membimbing anda melalui langkah-langkah penting untuk memiliki kereta Perodua, dari proses mendapatkan pinjaman hingga serahan kereta.

Perkenalkan Keperluan Anda :
Sebelum membuat keputusan, pastikan anda jelas dengan keperluan anda. Juga bajet sesuai dengan taraf kehidupan di masa kini.
Pilihan seperti Perodua Axia & Perodua Myvi model “kompak”sesuai untuk memandu di bandar. Perodua Alza & Perodua Aruz sesuai untuk yang berkeluarga muda dan dewasa dengan ruang yang lebih luas. Perodua Bezza juga sesuai untuk kegunaan keluarga dengan anak kecil. Perodua Ativa ialah model 5 seater sesuai untuk semua kumpulan pengguna.

Tentukan Bajet Anda
Menentukan bajet adalah langkah penting untuk mengelakkan beban kewangan.
Tip Bajet :
1. Ansuran Bulanan : pastikan ia tidak melebihi 20%-30% daripada pendaptan bulanan anda.
2. Bayaran Pendahuluan : biasanya sekitar 10% daripada harga kereta, bergantung pada pakej yang ditawarkan.
3. Kos Tambahan : ambil kira insuran tahunan dan kos selenggaraan berkala.

Proses Memohon Loan Kereta.
Kebanyakan pembeli menggunakan pinjaman bank untuk memiliki kereta. Berikut adalah panduan memohon loan.

Dokumen diperlukan untuk memohon loan bank:
1. Salinan kad pengenalan ( depan/belakang) pastikan jelas dan tidak kabur
2. Salinan lesen memandu yang sah (depan/belakang)
3. Slipgaji terkini 3 atau 6 bulan
4. Penyata bank akaun gaji 3 atau 6 bulan ( terkini)

Tips Lulus Loan Dengan Mudah:
1. Pastikan rekod CCRIS anda bersih (maksud tiada hutang tertunggak) Rekod CCRIS amat penting bagi ukuran karektor pemohon.
2. Dapatkan “Debt Service Ratio (DSR) yang sihat – Boleh check di ctoscredit.com.my (percuma)
3. Semak juga kelayakan pinjaman loan bagi model pilihan atau cari kereta yang memenuhi syarat minima bank dengan gaji bulanan anda.

Promosi Perodua
Semak promosi terkini yang dijalankan oleh perodua. Rebat atau pakej loan bank yang sesuai dengan latarbelakang anda.

Proses loan bank sehingga lulus :
proses kelulusan pinjaman kereta oleh pihak bank melibatkan beberapa langkah penilaian untuk memastikan pemohon layak menerima pinjaman.Berikut adalah penerangan tentang bagaimana bank memproses dokumen sehingga lulus.
1. Memastikan dokumen lengkap
2. Menyemak jumlah pendapatan, potensi komitmen dan maklumat peribadi (dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan proses tertangguh).
3. Semakan DSR iaitu pendapatan bulanan yang digunakan untuk membayar hutang sediaada.
4. CCRIS rekod, laporan hutang semasa dan pembayaran pinjaman anda. Hutang tertunggak atau rekod pembayaran pinjaman anda. CTOS iaitu Maklumat kewangan tambahan termasuk saman dan kes mahkamah.
5. Bank akan menggunakan sistem CREDIT SCORING untuk menilai risiko. Iaitu pendapatan bulanan vs jumlah pinjaman. Sejarah pembayaran pinjaman terdahulu. Umor dan pekerjaan pemohon. Pemohon dengan pekerjaan tetap, pendapatan stabil, dan rekod kredit yang baik akan mendapat skor yang tinggi.

TIPS!! Hutang tertunggak atau rekod pembayaran buruk boleh menyebabkan permohonan ditolak.

Pengiraan Kadar Faedah ( interest rate)
1. Kredit skor anda.
2. Tempoh pinjaman ( minima 2,3,4- 9 tahun)
3. Jumlah bayaran pendahuluan (deposit)

TIPS!! Bayaran pendahuluan lebih tinggi boleh mengurangkan kadar faedah dan meningkatkan peluang kelulusan pinjaman anda.

Kelulusan oleh Pegawai Kredit
Selepas semua penilaian selesai, pegawai kredit akan membuat keputusan berdasarkan laporan kewangan dan risiko. Jika diluluskan, bank akan mengeluarkan Surat Tawaran Pinjaman (LOU)

Pengesahan dan Dokumen Akhir
Setelah surat tawaran dikeluarkan (LOU) dan anda telah dimaklumkan samada pihak bank sendiri atau wakil jualan anda. Anda perlu menandatangani dokumen perjanjian pinjaman samada di pejabat bank, atau di showroom bersama wakil bank. Biometrik akan diambil sebagai bukti pemohon telah sain.

Tempoh Menunggu kereta dan pendaftaran.
Menunggu stok bergantung pada outlet, apabila tiba masa giliran anda, wakil jualan akan membuat pengiraan dan bayaran perlukan dilakukan melalui akaun syarikat Perodua bukan akaun peribadi. Setelah kereta selesai didaftarkan, wakil jualan akan membuat temujanji untuk hari penyerahan kereta.

Dokumen & Proses Selepas Membeli Kereta
Selepas membeli kereta, pastikan anda melengkapkan langkah berikut :
1. Insuran kereta – kebanyakan wakil jualan akan membantu anda menguruskan proses ini. Insuran
cermin dan insuran banjir adalah perlindungan tambahan, anda hanya perlu bayar amount tertentu utk penambahan ini.
2. Pakej service kenderaan: Nikmati servis percuma yang di sertakan dengan pembelian kereta (Jika ada)
3. Jaminan Perodua : pastikan anda memahami tempoh dan syarat jaminan kereta ( contoh waranti 5tahun & sebagainya)
4. Periksa Casis & engin nombor kenderaan anda padan dengan geran yang dikeluarkan.

Tips!! Sentiasa lakukan penyelenggaraan berkala di pusat service sah untuk menjaga nilai jualan semula kereta anda.

Akhir sekali mari kita semak faktor-faktor yang mempengaruhi kelulusan loan anda :

1. Pendapatan stabil – pekerjaan tetap dengan pendapatan yang stabil.
2. Rekod Kredit Bersih – Tiada tunggakan atau status senaraihitam, AKPK atau muflis.
3. Deposit – Sesetengah kes memerlukan bayaran deposit yang lebih tinggi semakin tinggi peluang kelulusan.
4. Tempoh pinjaman – Tempoh pinjam lebih pendek (contoh 5 tahun) biasanya lebih mudah lulus berbanding 9 tahun ( bergantung pada profile individu)
5. Pastikan dokumen anda lengkap mengikut syarat2 bank, dokumen jelas dan boleh di baca.
6. Pastikan rekod pembayaran hutang bersih sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum memohon.
7. Elakkan membuat permohonan pinjaman lain dlalam tempoh yang sama.
8. Gunakan penjamin(guarantor) jika diperlukan.

Jika anda berminat untuk mendapatkan panduan lebih lanjut atau ingin menempah sesi rundingan percuma, hubungi kami sekarang! kami sedia membantu anda dari proses loan hingga selesai proses memiliki kereta anda.

Layari : www.peroduadealer.com
Hubungi : 0129744003
Whtsapp : www.wasap.my/60129744003

peroduadealerperoduadelerperodua myvictosperodua alzaccrisperodua axiatanpa depositperodua bezzaproses lengkap membeli kereta peroduperodua ativacara lulus loan kereta dengan mudahpanduan lengkapmembeli kereta peroduaproses pembelian kereta baru peroduakereta peroduatips lengkap panduan memohon loan keretapromosi peroduawakil jualan perodualoan keretatips lulus loan

Related Posts

Hai! Boleh Maz bantu anda?

Chat