Blog

Trade-in maksud dan proses

Tradein – Apa yang anda faham mengenai tradein dan bagaimana proses nya ?

Saya terpanggil untuk menulis kerana masih ada dikalangan kita netizen terutama belia muda yang kurang faham proses trade in. Saya sering di tanyakan soalan “bolehkah saya tradein kereta yang saya baru pakai kepada model yang lain ?  rata-rata mereka ini baru sahaja bawa kereta baru keluar dan mungkin rasa tak seronok nak memandu dan ingin tukar kepada model yang lain. Saya huraikan disini agar lebih memahami proses trade in bagi yang belum faham prosesnya.

Trade in bermaksud jual kereta/barangan dengan niat untuk dijadikan sebagahagian bayaran bagi kereta/ barangan baru.

Bukan seperti yang difahami tradein itu tukar kereta/barangan dengan kereta/ barangan yang lain.

So saya bagi satu senario kes 1 :

Customer ada 1 kereta lama model : Myvi 1.5 Advance tahun keluaran 2020

Harga trade in (ikut pasaran semasa ) ialah RM37,000 (harga sebelum kereta di nilai kondisinya spt enjin, body and sebagainya)

Manakala pinjaman di bank (loan) pada masa ini ialah berbaki RM 45,000 (contoh sahaja) apa pun kena hubungi pihak bank untuk semak berapa baki sebenar pinjaman anda. Biasanya jika loan yang masih ada baki dan kita nak buat setelmen awal dari tempoh yang ditetapkan. Pihak bank akan beri “diskaun” bermakna jika baki loan ialah RM45,000 pada tarikh 20hb oct 2024. Manakala jika kita tanya nak selesai awal pinjaman, pihak bank akan berikan satu jumlah yang berbeza. Ianya diberi “diskaun” ianya mungkin akan jadi RM 42,000 bukan RM45,000.

Berbalik tadi : jom kita susun supaya lebih jelas.

Trade in harga pasaran ialah : RM37,000
setelmen loan bank ialah : RM42,000

Jadi kiraan nya berbaki RM5,000 baki inilah yang pihak customer perlu tambah. Bagi selesaikan pinjaman bank sebab kereta hendak di jual. Akaun bank ditutup. So kalau nak beli kereta lain, kena buat proses loan baru. Istilah sambung bayar tidak wujud sebenarnya. Ianya direka oleh pihak ketiga. Saya akan kupas isu sambung bayar ini di blog seterusnya.

Senario kes 2 :
Tradein harga pasaran ialah : RM37,000
Setelmen loan bank ialah : RM32,000
Berbaki : RM5,000

So baki/lebihan RM5,000 itu customer boleh jadikan sebagai deposit kereta baru atau dipulangkan (refund), kalau customer buat loan penuh utk pembelian kereta baru.

Diharap penulisan saya ini dapat sedikit sebanyak memberi gambaran tentang apa maksud “Trade-in”. Jika ada tajuk-tajuk yang nak saya uraikan, sila tinggalkan jejak anda di ruangan komen atau boleh saja “direct message” saya di hp 0129744003.

NOTA : Harga pasaran dan loan setelmen tertera hanya lah rekaan semata, ianya hanya untuk bagi gambaran sahaja.

Semoga bertemu di blog seterusnya. Salam kasih
www.peroduadealer.com
#perodua #pssbkotadamansara #keretaperodua #tradeinPOV #tradeinkeretaperodua #mazperoduakd

salesperoduatrade intrade in kereta belum habis bayarPeroduaperoduadealerpovtradeinperoduamalaysiakeretaperodua

Related Posts

Hai! Boleh Maz bantu anda?

Chat