Blog

Cara Semak Kelayakan Loan Sebelum Beli Kereta Perodua

Ramai orang teruja nak beli kereta baru – lebib-lebih lagi bila nampak promosi menarik atau model Perodua terbaru di jalan. Tetapi sebelum terus buat booking, perkara paling penting yang ramai terlepas pandang ialah semak kelayakan loan terlebih dahulu.
Langkah ini nampak kecil, tapi sebenarnya boleh jimat masa, elak kecewa dan bantu anda rancang bajet dengan lebih bijak.

Dalam artikel ini, saya akan terangkan dengan cara mudah bagaimana nak semak kelayakan loan kereta, faktor bank amik kira, dan beberapa tips supaya peluang lulus loan anda lebih tinggi.

1. Apa maksud kelayakan loan kereta
Secara mudah, kelayakan loan ialah jumlah pinjaman maksimum yang bank sanggup luluskan berdasarkan pendapatan dan komitmen bulanan anda. Setiap bank ada formula sendiri, tapi asasnya bergantung pada 2 perkara utama :
i) Pendapatan bersih (nett income) – berapa gaji bersih yang tinggal selepas potongan KWSP, SOCSO dan potongan wajib lain.
ii) Kadar DSR (Debt Service Ratio) – nisbah antara jumlah komitmen hutang bulanan dengan pendapatan bersih anda.
Contohnya, kalau pendapatan bersih RM3,000 dan komitmen bulanan RM1,200 DSR anda ialah 40%. Kebanyakan bank hanya lulus loan jika DSR di bawah 60% – 70%

2. Faktor-faktor Yang Bank Tengok Semasa Nilai Kelayakan.
Sebelum buat keputusan lulus atau tolak, bank akan lihat beberapa perkara penting :
i) Rekod kredit (CCRIS & CTOS) – pastikan tiada tunggakan bayaran atau akaun tertunggak. Rekod bersih tunjuk anda pembayar yang bertanggungjawab.
ii) Jumlah komitmen sedia ada – contohnya pinjaman peribadi, kad kredit atau hutang rumah. Lagi banyak komitmen, lagi kecik peluang lulus.
iii) Jenis pekerjaan & tempoh kerja – Bank suka pemohon dengan pendapatan tetap dan bekerja lebih 6 bulan ke atas di syarikat yg sama.

3. Deposit – Lagi tinggi deposit, lagi rendah jumlah pinjaman yang dimohon. Ini bantu tingkatkan peluang kelulusan.

4. Penjamin (jikaperlu) – Sesetangah kes kemungkinan perlukan sokongan seorang penjamin atas faktor-faktor berikut :
a) bekerja kurang setahun di syarikat
b) Gaji dibawah minima syarat yang ditetapkan bergantung pada model pilihan anda. Lain model lain syarat layak gaji.
c) Usia yang muda bawah 24 tahun.
d) Tiada rekod CCRIS

5. Cara Semak Kelayakan Loan Dengan Mudah – sekarang ramai pembeli dah boleh buat semakan awal sebelum hantar permohonan rasmi. Antara caranya:
a) Guna kalkulator loan kereta – anda boleh guna kalkulator di laman web bank atau laman pengedar perodua. Masukan : Harga kereta (otr), tempoh pinjaman (5,7 atau 9 tahun), kadar faedah anggaran (boleh amik anggaran 2.5% atau 3.3%) dan jumlah deposit (jika ada. Kalkulator akan tunjuk anggaran ansuran bulanan – jadi anda boleh nilai sama ada sesuai dengan bajet gaji.
b) Semakan dengan Sales Advisor (percuma) – Sebagai wakil jualan perodua, saya boleh bantu semak kelayakan awal berdasarkan slipgaji dengan komitmen anda. saya akan semakan secara kasar kelayakan dan cadangkan bank yang sesuai dengan situasi anda.
c) Semak CCRIS sendiri – anda juga boleh semak sendiri laporan CCRIS melalui portal BNM eCCRIS (https://eccris.bnm.gov.my) Di situ, anda boleh nampak semua pinjaman sedia ada dan pastikan tiada bayaran tertunggak.

6. Tips Tingkatkan Peluang Lulus Loan – Kalau anda pernah ditolak loan, jangan risau – masih boleh cuba lagi. Berikut beberapa cara untuk tingkatkan peluang :
i) Bayar balik tunggakan atau tutup akaun yang tak aktif
ii) Kurangkan komitmen bulanan, contohnya kurangkan limit kad kredit misalnya.
iii) Tambah penjamin atau deposit
iv) Pilih model kereta dengan harga bersesuaian dengan kemampuan gaji.

5. Kelebihan Semak Kelayakan Awal – Ramai pembeli baru rasa tak perlu semak tapi hakikatnya, semakan awal bagi banyak kelebihan.
i) Elak permohonan ditolak tanpa sebab jelas.
ii) Boleh tahu bank mana paling sesuai dengan situasi anda.
iii) Rancang bajet dan tempoh pinjaman dengan lebih tenang.
iv) Proses booking jadi lebih cepat bila dokumen dah lengkap.

Penutup : Rancang Dulu, Baru Tenang Beli Kereta – Beli kereta bukan sekadar pilih model/warna. Yang paling penting, pastikan loan anda mampu dan diluluskan dengan lancar. Dengan buat semakan awal, anda boleh elak stress dan urus bajet dengan bijak sebelum tandatangan apa-apa dokumen.
Kalau anda nak semak kelayakan loan secara percuma untuk mana-mana model terus dengan pihak bank – tanpa sebarang caj.

>>> Boleh terus whatsapp saya di link www.wasap.my/60129744003 untuk semakan cepat dan percuma. Semoga tips ini membantu !!

#peroduadealer by mazlina

tips beli keretaperodua promosipinjaman bankperoduadealersemak loan kereta

Related Posts

Hai! Boleh Maz bantu anda?

Chat